Bantulah untuk mengawasi wanita

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اسْتَعينُوا على النِّساءِ بالعُرْي فإنَّ إحْدَاهُنَّ إِذا كثُرَتْ ثِيابُها وأحْسَنَتْ زِينَتَها أعْجَبَها الخُرُوجُ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bantulah untuk mengawasi wanita (daripada keluar rumah) dengan telanjang (kurangkan pakaian mereka). Ini kerana, seseorang wanita apabila banyak pakaiannya dan cantik perhiasaanya, menyebabkan dia teruja untuk keluar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 16, hadis nombor 66. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia melalui riwayat Isma'il bin 'Abbad al-Sa'di, beliaulah yang memalsukannya.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon