TEKS BAHASA ARAB
أشَدُّ النَّاسِ حَسْرَةً يَوْمَ القِيامَةِ رَجُلٌ أمْكَنَهُ طَلَبُ العِلْمِ فِي الدُّنْيا فَلمْ يَطْلُبْهُ ورَجُلٌ عَلَّمَ عِلْماً فانْتَفَعَ بهِ مَنْ سَمِعَهُ مِنْهُ دونه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Manusia yang paling teruk kerugiannya pada hari Kiamat adalah seseorang yang mempunyai kemampuan untuk menuntut ilmu di dunia, namun dia tidak menuntut ilmu dan seseorang yang mengajarkan suatu ilmu, lalu orang yang mendengar daripadanya memanfaatkan ilmu tersebut, sedangkan dia sendiri tidak memanfaatkan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 17, hadis nombor 70. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ini termasuk hadith-hadith yang dinilai palsu oleh penulis (al-Suyuti) sendiri dalam Zail al-Mawdhu'at beliau. Seterusnya, sebenarnya ia melalui hadith Ibn 'Abbas, bukannya melalui hadith Anas. Sebutanya Anas adalah kesalahan tulisan yang berpunca daripada penulis (al-Suyuti).
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.