Melipat kain menambahkan pada fesyennya

TEKS BAHASA ARAB

طي القماش يزيد في زيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Melipat kain menambahkan pada fesyennya.

STATUS

Tidak diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 55, hadis nombor 218. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف، لكن أخرج الديلمي عن جابر، حديث: (طي الثوب راحته). والطبراني، عنه حديث: (إطووا ثيابكم، ترجع إليها أرواحها؛ فإن الشيطان إذا وجد ثوبا مطبويا لم يلبسه، وإذا وجد منشورا لبسه).

Tidak diketahui, namun al-Dailami telah mengeluarkan daripada Jabir, hadith: “Melipat kain adalah kerehatan baginya”. Al-Tabarani turut meriwayatkan daripada beliau, hadith: “Lipatlah pakaian-pakaian kalian, ruh-ruhnya akan kembali kepadanya. Kerana sesungguhnya syaitan itu apabila dia mendapati adanya pakaian yang dilipat, dia tidak akan memakainya. Namun, jika dia mendapati ada pakaian yang terbiar (tanpa dilipat) maka dia pasti memakainya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon