TEKS BAHASA ARAB
الصبر على المعسر صدقة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bersabar terhadap orang yang susah adalah satu sedekah.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 50, hadis nombor 195. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
لم يرد بهذا لكن ورد معناه ففي الحديث “من أنظر معسرا كان له بكل يوم مثله صدقة”.
Tidak warid hadith dengan lafaz ini, namun warid semakna dengannya. Dalam hadith menyebutkan: “Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang kesusahan maka dia memperolehi pahala sedekah bagi setiap hari (penangguhan), sama pahalanya”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.