Anda benar dan anda telah melakukan kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

صدقت وبررت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Anda benar dan anda telah melakukan kebaikan.

STATUS

Tiada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 50, hadis nombor 196. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

يستحب أن يقال ذلك عند التثويب وهو قول المؤذن في الصبح الصلاة خير من النوم لكن قال ابن الملقن في تخريج أحاديث الرافعي لم أقف على أصله في كتب الحديث وقال ابن حجر لا أصل له.

Digalakkan untuk mengcapkannya ketika tathwib, iaitu ketika tukang azan menyebutkan dalam azan Subuh: “Solat lebih baik berbanding tidur”.
Namun, Ibn al-Mulaqqin dalam Takhrij Ahadith al-Rafi'ei, berkata: “Saya tidak menemui asalnya dalam kitab-kitab hadith”, Ibn Hajar pula berkata: “Tidak ada asalnya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs