Melipat jubah adalah satu kerehatan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: طي القماش يزيد في زيه _ وفي لفظ _ طي الثوب راحة _ وفي لفظ _ اطووا ثيابكم ترجع إليها أرواحها _ وفي لفظ _ اطووا ثيابكم لا تلبسها الجن.

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Melipat kain akan menambah pada bentuknya. Dan pada satu lafaz: Melipat jubah adalah satu kerehatan. Dan pada satu lafaz: Hendaklah kamu melipat pakaian kamu nescaya akan kembali kepadanya ruh-ruhnya. Dan pada satu lafaz: Hendaklah kamu melipat jubah-jubah kamu agar jin tidak memakainya.

 

STATUS

Lemah

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 188-189, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

 

كلها واهية وذكرها ابن طاهر في موضوعاته.

Hadith ini semuanya lemah dan Ibn Tahir menyebutnya di dalam kitabnya al-Maudu’at.

 

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon