Wahai Allah! Ampunilah perempuan-perempuan yang memakai seluar dari kalangan umatku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: علي رضي الله عنه قال: كنت قاعدا عند النبي صلى الله عليه وسلم في البقيع في يوم دجن ومطر فمرت امرأة على حمار ومعها مكاري فأهوت يد الحمار في وهدة من الأرض فسقطت المرأة فأعرض النبي صلى الله عليه وسلم عنها بوجهه فقالوا: يا رسول الله إنها متسرولة فقال: اللهم اغفر للمتسرولات من أمتي يا أيها الناس اتخذوا السراويلات فإنها من أستر ثيابكم وخصوا بها نساءكم إذا خرجن.

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ali RA berkata: Aku duduk di sisi Nabi SAW di Baqi’ pada hari yang gelap dan hujan, maka lalu seorang perempuan di atas keldai dan bersamanya penunggang keldai. Tiba-tiba, kaki keldai itu jatuh di permukaan bumi yang rendah dan perempuan itu jatuh sekali. Maka Nabi SAW memalingkan wajahnya dari melihatnya (perempuan itu). Lalu mereka berkata: Wahai Rasullullah! Sesungguhnya dia memakai seluar. Lalu baginda berdoa: Wahai Allah! Ampunilah perempuan-perempuan yang memakai seluar dari kalangan umatku. Wahai sekalian manusia! Hendaklah kamu memakai seluar, sesungguhnya ia adalah sebaik-baik pakaian kamu yang menutup, dan khaskan ia kepada perempuan-perempuan kamu apabila mereka keluar.

 

STATUS

Palsu

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 189, hadis nombor 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

 

قال في اللآلىء موضوع والمتهم به: إبراهيم بن زكريا قال ابن عدي: حدث عن الثقات بالبواطيل ولكن الذي في الإسناد لهذا الحديث هو: إبراهيم بن زكريا العجلي البصري.
وقد ذكره ابن حبان في الثقات وهذا الذي قال ابن عدي فيه: هذا القول هو: إبراهيم بن زكريا الواسطي كما أفاده ابن حجر في اللسان.
وقد روى من طرق ساقها صاحب اللآلىء: في بعضها ذكر القصة وفي بعضها مجرد الثناء والترحم على المتسرولات قال: وبمجموع هذه الطرق يرتقي الحديث إلى درجة الحسن.

Al-Suyuthi berkata di dalam al-La’ali’, hadith ini palsu dan terdapat perawi yang dituduh pemalsu hadith iaitu Ibrahim Bin Zakaria. Ibn ‘Adi berkata: Dia menyampaikan dari perawi-perawi thiqah dengan riwayat-riwayat batil tetapi perawi yang terdapat dalam sanad untuk hadis ini ialah Ibrahim bin Zakaria al-’Ijli al-Basri.
Ibn Hibban telah menyebutnya di dalam al-Thiqat, dan inilah yang disebut oleh Ibn ‘Adi: Perkataan ini ialah Ibrahim Bin Zakaria al-Wasithi sepertimana disebutkan oleh Ibn Hajar di dalam kitabnya al-Lisan.
Telah diriwayatkan dari beberapa jalan yang disebutkan oleh Pengarang al-La’ali’ (Al-Suyuthi), sebahagiannya disebut dalam kisah, sebahagian lain dalam bentuk pujian dan saling mengasihi kepada perempuan yang memakai seluar. Al-Suyuthi berkata: Dan dengan himpunan jalan-jalan ini, naiklah hadith ini sampai ke martabat hadith hasan.

 

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon