TEKS BAHASA ARAB
قول ابن عمر: يا بني أحب العمامة يا بني اعتم تجل وتكرم وتوقر ولا يراك الشيطان إلا ولى هاربا سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الصلاة بعمامة [تعدل بخمس وعشرين] وجمعة بعمامة تعدل سبعين جمعة بغير عمامة إن الملائكة يشهدون الجمعة متعممين ولا يزالون يصلون على أصحاب العمائم حتى تغرب الشمس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kata-kata Ibn Umar: Wahai anakku! Cintailah serban. Wahai anakku! Berserbanlah, engkau akan dimuliakan, dihormati, dan dipuja. Tidaklah syaitan melihatmu melainkan dia melarikan diri. Aku mendengar Rasullullah SAW berkata: Sesungguhnya solat dengan memakai serban menyamai 25 pahala dan memakai serban untuk solat hari Jumaat menyamai 70 kali Jumaat tanpa serban. Sesungguhnya para malaikat yang hadir solat Jumaat juga berserban. Berterusanlah mereka mendoakan para pemakai serban sehingga matahari terbenam.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 188, hadis nombor 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حجر: موضوع.
Ibn Hajar berkata: Hadith ini palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.