TEKS BAHASA ARAB
حديث: عليكم بالعمائم فإنها سيما الملائكة فأرخوها خلف ظهوركم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Hendaklah kamu memakai serban kerana ia merupakan (salah satu) tanda para malaikat. Hulurkan (hujung ekor)nya kebelakang kamu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 187, hadis nombor 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أخرجه ابن عدي والبيهقي وأورده في المقاصد وذكره ابن طاهر في موضوعاته.
Ibn ‘Adi dan al-Baihaqi meriwayatkan, dan di datangkan juga di dalam kitab al-Maqasid, dan Ibn Tahir menyebut di dalam kitabnya al-Maudu’iat.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.