Hendaklah kamu memakai serban nescaya ia menambahkan kelembutan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: اعتموا تزدادوا حلما.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Hendaklah kamu memakai serban nescaya ia menambahkan kelembutan.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 187-188, hadis nombor 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في الخلاصة: موضوع.
وقال في اللآلىء: لا يصح وقال: له طريق آخر عن ابن عباس أخرجه الحاكم في المستدرك .
وقد أخرج أبو داود من حديث ركانة فرق ما بيننا وبين المشركين: العمائم على القلانس.
وأخرج البيهقي من مراسيل خالد بن معدان: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: اعتموا خالفوا الأمم قبلكم.

Pegarang kitab al-Khulasah berkata: Hadith ini palsu.
Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali’: Hadith ini tidak sahih. Al-Suyuthi berkata lagi: Bagi hadith ini terdapat jalan lain daripada Ibn Abbas, dan al-Hakim meriwayatkan di dalam kitab al-Mustadrak.
Abu Daud meriwayatkan dari hadith Rukanah: Perbezaan diantara kami dan orang-orang musyrikin adalah serban di atas songkok.
Al-Baihaqi meriwayatkan dari marasil Khalid Bin Ma’dan: Bahawa Nabi SAW berkata: Hendaklah kamu memakai serban, berbezalah kamu dengan umat sebelum kamu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon