Malaikat Zabaniyah lebih cepat menghukum pembaca-pembaca al-Quran yang fasiq berbanding penyembah berhala

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الزبانية إلى فسقة حملة القرآن أسرع منهم إلى عبدة الأوثان، فيقولون: يبدأ بنا قبل عبده الأوثان؟ فيقال لهم: ليس من يعلم كمن لا يعلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Malaikat Zabaniyah lebih cepat menghukum pembaca-pembaca al-Quran yang fasiq berbanding penyembah berhala. Lalu pembaca yang fasiq berkata: Engkau mendahulukan kami sebelum penyembah berhala?. Lalu dikatakan kepada mereka: Orang yang tahu tidak (sama) seperti orang yang tidak tahu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 42, hadis nombor 216. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ramai para huffaz yang menyebutkan secara pasti kepalsuan hadith tersebut, penulis (al-Suyuti) pula cuba untuk mensahihkan hadith tersebut dalam ulasan balas beliau terhadap Ibn al-Jawzi, lalu al-Suyuti membawakan sokongan-sokongan bagi hadith tersebut yang mana sokongan itu sama seperti hadith ini dari sudut gugur kelayakan berhujah. Para pendusta juga berbeza-beza pandangan mereka, sebahagian mereka memalsukan hadith semakna dengan hadith ini dan sebahagian mereka memalsukan hadith yang maknanya berlawan dengannya bahawa Allah Ta’ala memberikan keampunan kepada orang alim sebelum orang jahil sebagaimana terdahulu, pendustaan mereka dalam bab ini saling bertentangan.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon