Orang yamg menziarahi saudaranya di rumahnya

TEKS BAHASA ARAB

الزائر أخاه في بيته الآكل من طعامه أرفع درجة من المطعم له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang menziarahi saudaranya di rumahnya, orang yang makan daripada makanannya lebih tinggi darjat berbanding orang yang memberi makan.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 42, hadis nombor 215. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn al-Jawzi berkata: Tidak sahih. Al-Zahabi di bawah biografi Ahmad bin Ibrahim al-Saji berkata: Batil. Saya ulangi bahawa penulis (al-Suyuti) RH sekiranya mempunyai ilmu kritikan hadith, pasti beliau akan berasa malu untuk memasukkan hadith-hadith batil seperti ini.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs