TEKS BAHASA ARAB
حديث: إذا دعي أحدكم إلى طعام فلم يرده فلا يقل: هنيئا فإن الهناء لأهل الجنة ولكن ليقل: أطعنا الله وإياكم طيبا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sekiranya salah seorang dari kamu dijemput untuk menikmati makanan, maka janganlah dia menolaknya, dan janganlah dia mengucapkan: “Berbahagialah!”, kerana sesungguhnya kebahagiaan itu milik ahli syurga, akan tetapi katakanlah: “Kami mentaati Allah, dan buat kalian juga kebaikan”.
STATUS
Terlalu lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 159, hadis nombor 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الدارقطني عن ابن عباس مرفوعا وفي إسناده: متروكان.
Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat dua orang perawi yang terlalu daif.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.