Sekiranya manusia mengetahui kelebihan halba

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لو يعلم الناس ما لهم في الحلبة لاشتروها بوزنها ذهبا.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sekiranya manusia mengetahui kelebihan halba, nescaya mereka membelinya dengan timbangan emas.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 164-165, hadis nombor 31. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن معاذ مرفوعا.
وأخرج نحوه: ابن السني عنه ورواه ابن عدي أيضا عن عائشة مرفوعا.
وفي أسانيده: من يضع ومن هو متروك ومن لا تقوم به حجة.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Mu‘az secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW).
Ibn Sunni turut meriwayatkan seperti, Ibn Adi daripada Muaz dan Ibn ‘Adi meriwayatkan juga daripada Aisyah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW).
Di dalam sanad-sanadnya, terdapat perawi yang sering mereka hadith, perawi yang matruk (terlalu daif) dan perawi yang riwayatnya tidak dijadikan hujah.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs