Kelebihan bunga violet ke atas bunga-bungaan lain

TEKS BAHASA ARAB

حديث: فضل البنفسج على الأزهار كفضل الإسلام على سائر الأديان وما من ورقة من الهندبا إلا عليها قطرة من ماء الجنة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Kelebihan bunga violet ke atas bunga-bungaan lain, seperti kelebihan Islam atas agama-agama lain, dan tidaklah daun al-hindiba (dandelion) melainkan terdapat padanya satu titisan daripada air syurga.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 165-166, hadis nombor 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


وفي إسناده: عمر بن حفص المازني حرق أحمد بن حنبل حديثه وفيه أيضا غيره من الضعفاء.
ورواه الطبراني من حديث علي رضي الله عنه بإسناد فيه مجهول .
واقتصر ابن عدي على ذكر الهندبا بإسناد فيه متروك .

Pada sanadnya terdapat Umar Bin Hafs al-Mazini, Ahmad Bin Hanbal membakar hadithnya, pada sanad ini juga terdapat perawi-perawi lain yang lemah.
Al-Tabarani meriwayatkan daripada hadith Ali RA dengan sanadnya terdapat perawi yang tidak dikenali.
Ibn ‘Adi membataskan dengan menyebut bunga al-Hindiba dengan sanadnya yang terdapat padanya perawi yang matruk (terlalu daif).


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon