Datangkanlah hidangan-hidangan kamu dengan sayur-sayuran

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أحضروا موائدكم البقل فإنه يطرد الشياطين مع التسمية.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Datangkanlah hidangan-hidangan kamu dengan sayur-sayuran, sesungguhnya ia mengusir syaitan-syaitan dengan bacaan bismillah.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 165, hadis nombor 32. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن حبان عن أبي أمامة مرفوعا وفي إسناده: العلاء بن سلمة وضاع .

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Abi Umamah secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat al-Ala’ bin Salamah seorang pereka hadith palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs