Di langit terdapat dua malaikat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

في السماء ملكان؛ أحدهما يأمر بالشدة، والآخر يأمر باللين، وكل مصيب؛ أحدهما جبريل [والآخر] ميكائيل. ونبيان، أحدهما يأمر باللين، والآخر [يأمر] بالشدة، وكل مصيب – وذكر إبراهيم ونوحاً -. ولي صاحبان؛ أحدهما يأمر باللين، والآخر يأمر بالشدة، وكل مصيب، – وذكر أبا بكر وعمر –


TEKS BAHASA MALAYSIA

Di langit terdapat dua malaikat, salah satunya menyuruh dengan keras dan satu lagi menyuruh dengan lembut. Semuanya benar. Salah satunya Jibril dan satu lagi adalah Mika’il. Dan dua nabi ialah salah satunya menyuruh dengan lembut dan satu lagi menyuruh dengan keras. Semuanya benar. -baginda sebutkan Ibrahim dan Nuh-. Dan bagiku dua sahabat salah satunya menyuruh dengan lembut dan satu lagi menyuruh dengan keras. Semuanya benar. -baginda sebutkan Abu Bakar dan Umar-.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1688, hadis nombor 8512. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Umm Salamah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Abu Bakar al-Naisaburi dalam al-Fawaid.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon