TEKS BAHASA ARAB
فضل الشاب العابد الذي تعبد في شبابه على الشيخ الذي تعبد بعدما كبرت سنه؛ كفضل المرسلين على سائر الناس، يقول الله للشاب المؤمن بقدري، الراضي بكتابي، القانع برزقي، التارك شهوته من أجلي: أنت عندي كبعض ملائكتي، وللشاب التارك لحرمات الله، العامل بطاعة الله: كل يوم أجر سبعين صديقاً، وفضل الشاب المتعبد على الشيخ الذي تعبد بعدما كبرت سنه؛ كفضل المرسلين على سائر النبيين
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kelebihan ahli ibadah dari kalangan pemuda yang beribadah pada waktu mudanya berbanding orang tua yang beribadah selepas meningkat usianya seperti kelebihan para rasul ke atas seluruh manusia. Berkata Allah kepada pemuda yang beriman dengan qadar-Ku, yang redha dengan kitab-Ku, yang cukup dengan rezeki-Ku, yang meninggalkan syahwatnya disebabkan-Ku: Kamu di sisi-Ku seperti sebahagian malaikat-Ku dan bagi pemuda yang meninggalkan perkara yang diharamkan oleh Allah, yang melakukan ketaatan Allah: Setiap hari pahalanya seperti 70 orang siddiq (yang membenarkan) dan kelebihan pemuda ahli ibadah terhadap orang tua ahli ibadah yang beribadah selepas meningkat usianya seperti kelebihan para rasul ke atas para nabi.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1688, hadis nombor 8511. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Anas bin Malik RA ini yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Ibn Syahin dan al-Dailami dalam al-Firdaus.
Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله .
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.