Makan kacang pul bersama kulitnya

TEKS BAHASA ARAB

من أكل فولة بقشرها أخرج الله منه من الداء مثلها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang makan kacang pul bersama kulitnya, Allah akan mengeluarkan penyakit daripadanya seumpama kacang ful tersebut.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 87 – 88, hadis nombor 405. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

يروى حديثا وهو باطل. ولا يصح في الباب شيء، نعم جاء في كلام الشافعي: الفول يقوي الدماغ والدماغ يزيد في العقل.

Diriwayatkan sebagai hadith namun ia batil. Juga tidak sahih satu pun hadith dalam bab ini. Benar, diriwayatkan dalam ucapan al-Shafi’ei: “Kacang pul boleh menguatkan otak dan otak pula boleh menambahkan akal”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs