Janganlah dia menulis selepas Asar

TEKS BAHASA ARAB

من أكرم حبيبته فلا يكتب بعد العصر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang sayangkan dua kekasihnya (sepasang mata), maka janganlah dia menulis selepas Asar.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 87, hadis nombor 403. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس في المرفوع، لكن قال الشافعي رضي الله عنه: من يكتب بعد العصر فإنما يأكل من دية عينيه، وعن الإمام أحمد رضي الله عنه: أنه أوصى بعض أصحابه أن لا ينظر بعد العصر في كتاب.

Ia tidak terdapat dalam riwayat yang marfu’, namun al-Shafi’ei RA pernah berkata: “Sesiapa yang menulis selepas Asar maka seolah-olah dia memakan dari denda kedua matanya”. Juga daripada al-Imam Ahmad RA bahawa beliau pernah berpesan kepada sebahagian murid beliau supaya tidak membaca kitab selepas Asar.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon