Pembaca al-Quran tidak akan nyanyuk

TEKS BAHASA ARAB

لا يخرف قارئ القرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pembaca al-Quran tidak akan nyanyuk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 78, hadis nombor 456. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Lahiq bin al-Husain, beliau disepakati sebagai pendusta. Hadith ini adalah salah satu hadith yang dinilai sendiri oleh penulis (al-Suyuti) sebagai palsu dalam Zail al-La'ali. Antara kebetulan yang melucukan ialah keserasian iaitu sebagaimana permulaan kita melakukan kritikan terhadap penulis (al-Suyuti) bagi hadith yang beliau sendiri mengakui kepalsuannya, begitu juga pada penutup kita (melakukan kritikan) terhadap hadith yang beliau sendiri menilainya sebagai palsu juga. Hadith ini adalah yang terakhir yang kami temui daripada hadith-hadith palsu dalam kitab ini sekalipun masih ada lagi hadith-hadith lain sebagaimana yang telah kami sebutkan pada permulaan juzuk ini. Dan Allah jua petunjuk ke arah kebenaran.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs