TEKS BAHASA ARAB
لا تشكره فقد تحتاج إلى مذمته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Janganlah kamu memujinya kerana kadangkala kamu perlu untuk mencelanya.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 105, hadis nombor 508. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
هو مثل لا حديث، ومعناه: النهي عن المبادرة إلى الشكر أو الإطراء فيه فربما يتبين خلافه فتحتاج إلى المذمة.
Ia sebuah perumpamaan, bukannya hadith. Maksudnya: Larangan bersegera berterima kasih atau menyanjung perbuatannya kerana adakalanya (pada satu ketika) akan menampakkan sesuatu yang sebaliknya lalu kamu perlu mencacinya pula.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.