TEKS BAHASA ARAB
حديث: من اكتحل بالإثمد يوم عاشوراء لم يرمد أبدا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Sesiapa yang memakai celak Ismid pada hari 'Asyura, dia tidak akan terkena penyakit mata selama-lamanya”.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 98, hadis nombor 36. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الحاكم عن ابن عباس مرفوعا وفي إسناده: جويبر.
قال الحاكم: أنا أبرأ إلى الله من عهدة جويبر.
وقال في اللآلىء: أخرجه البيهقي في الشعب وقال: إسناده: ضعيف بمرة.
ورواه ابن النجار في تاريخه من حديث أبي هريرة وفي إسناده: إسماعيل ابن معمر بن قيس.
قال في الميزان: ليس بثقة.
Al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu' (disandar kepada Nabi) pada sanadnya terdapat perawi bernama Juwaibir.
Al-Hakim berkata: Aku berlepas diri daripada apa yang dilakukan oleh Juwaibir.
Al-Suyuthi berkata dalam al-La’ali: al-Baihaqi meriwayatkan dalam kitabnya al-Syu‘ab, sanadnya terlalu daif.
Ibn Najjar meriwayatkan di dalam Tarikhnya melalui hadith Abu Hurairah, pada sanadnya terdapat perawi bernama Ismail bin Ma’mar bin Qais. al-Zahabi berkata dalam kitabnya al-Mizan: Juwaibir perawi yang tidak dipercayai.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.