Semoga Allah melimpahkan selawat kepada Nabi

TEKS BAHASA ARAB

صلى الله على نبي قبلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah melimpahkan selawat kepada Nabi yang telah mencium kamu.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 51, hadis nombor 202. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال السخاوي : يقوله العامة عند تقبيل الحجر الأسود. قال: وهو كلام حسن. لكن قول ماوردت به السنة أحسن، وأولى.
قال الجد: والآن أكثر مايقوله العامة: اللهم صلى على نبي قبلك. وهو خطأ بلا شك. قال: وسمعت شيخنا ـ يعني ـ شيخ الإسلام أحمد العتياوي يقول: يخشى أن يكون كفرا. والخلاص من ذلك أن يقول قبله، أو نحوه. والعوام لا يفرقون.
ونظير ذلك قول المرقي في الترقية التي هي من أصلها بدعة. كما قال الجد، غفر الله لك، وأجاب دعاءك، وغفر لك، ولواليك ولعبدك، وفقيرك واقف هذا المكان.
والخلاص أن يقول: اللهم واغفر لعبدك إلى آخره.

Al-Sakhawi berkata: “Orang awam mengucapkannya ketika mencium hajar aswad”, kata al-Sakhawi: “Ianya ucapan yang bagus”. Namun, ucapan yang warid dalam sunnah adalah lebih bagus dan lebih utama.
Al-Jadd berkata: “Sekarang ini, kebanyakkan orang awam mengucapkan: ‘Ya Allah! Limpahkanlah selawat kepada Nabi yang telah mencium kamu’, ianya satu kesalahan tanpa diragukan lagi.” Beliau berkata: “Saya mendengar guru kami – iaitu – Syeikh al-Islam Ahmad al-‘Atyawi berkata: “Dibimbangi ianya boleh membawa kekufuran”. Kesimpulannya, samada diucapkan ucapan sebelumnya atau ucapan seumpamanya, orang awam tidak boleh membezakannya.
Seperti itu jugalah bacaan al-Muraqqi (orang yang membaca doa ketika khatib sedang duduk antara dua khutbah pada hari Jumaat) dalam bacaan tersebut yang mana ianya pada asalnya adalah bid’ah. Sebagaimana kata al-Jadd: “Semoga Allah mengampunimu! Semoga Dia menjawab doamu! Semoga Dia mengampunimu, kedua ibubapamu, hambamu dan orang faqirmu yang berdiri di tempat ini”.
Kesimpulannya, hendaklah dia mengucapkan: “Ya Allah! Berikanlah keampunan kepada hambaMu…hingga akhir”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs