Tiga perkara yang jika kamu memuliakannya, ia akan menghinakan kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاث إن أكرمتهم أهانوك المرأة والعبد والفلاح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang jika kamu memuliakannya, ia akan menghinakan kamu, iaitu wanita, hamba dan petani.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 30, hadis nombor 103. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس في الحديث بل من كلام الشافعي – رضي الله عنه -.

Ia tidak terdapat dalam hadith, sebaliknya bersumberkan daripada ucapan al-Shafi’ei RA.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon