Makan bersama orang yang diberikan keampunan

TEKS BAHASA ARAB

من أكل مع مغفور غفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang makan bersama orang yang diberikan keampunan, maka dia juga diberikan keampunan.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 88, hadis nombor 406. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: موضوع، وقال مرة: لا أصل له، وقال غيره: لا إسناد له وعن بعض الصالحين أنه رأى النبي – صلى الله عليه وسلم – في المنام، فقال: يا رسول الله أنت قلت، وذكره قال: نعم، ومن نظر إلى مغفور غفر له، قال السخاوي: والمعنى صحيح، إذا أكل بنية البركة والمحبة في الله.

Ibn Hajar berkata: “Palsu”, dikali yang lain pula beliau berkata: “Tidak ada asalnya”. Tokoh selain beliau pula berkata: “Hadith tersebut tidak memiliki sanad”. Turut diriwayatkan daripada sebahagian orang-orang soleh bahawa dia bermimpi melihat Nabi SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah! Benarkah anda mengatakannya?”, lalu dia menyebutkan bahawa Baginda bersabda: “Ya, dan sesiapa yang melihat orang yang diberikan keampunan, dia juga diampunkan”. Al-Sakhawi berkata: “Makna hadith tersebut betul, apabila dia makan dengan niat inginkan keberkatan dan kecintaan kerana Allah”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs