Nasi di tengah makanan

TEKS BAHASA ARAB

الأرز في الطعام كالسيد في القوم، والكراث في البقول بمنزلة الخبز، وعائشة-رضي الله عنها- كالثريد، وأنا كالملح في الطعام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nasi dalam makanan ibarat ketua dalam sesebuah kaum. Daun bawang dalam sayuran seperti kedudukan roti. ‘Aishah RA pula seperti tharid (roti yang dihancurkan lalu direndam dalam kuah) dan aku ibarat garam dalam makanan.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 15, hadis nombor 23. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

رواه الديلمي، عن علي. وهو باطل مكذوب.

Diriwayatkan oleh al-Dailami, daripada ‘Ali. Ia adalah batil lagi dusta.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs