Bumi Muqaddasah tidak menyucikan sesiapa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الأرض المقدسة لا تقدس أحدا، إنما يقدس الإنسان عمله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bumi Muqaddasah (yang disucikan) tidak boleh mensucikan sesiapa pun, hanyalah yang akan menyucikan seseorang insan, amalannya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 15, hadis nombor 25. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هو من كلام سلمان الفارسي.

Ia bersumberkan ucapan Salman al-Farisi.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon