Semoga Allah membalaskan kebaikan bagi pihak kita terhadap labah-labah

TEKS BAHASA ARAB

جَزَى الله العَنْكَبُوتَ عَنَّا خَيْراً فإِنَّها نَسَجَتْ عَلَيَّ فِي الغارِ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah membalaskan kebaikan bagi pihak kita terhadap labah-labah, kerana ia telah membuat sarang untukku dalam gua.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 30, hadis nombor 144. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith ini jelas batil, tidak sepatutnya bagi seseorang ahli hadith merasa ragu-ragu terhadap kepalsuannya. Kebanyakan hadith-hadith musalsal adalah batil, sama ada pada matan juga pada sanadnya. Hadith ini batil pada sanad dan matan sekaligus.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs