Kecantikan seseorang lelaki

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

جَمَالُ الرَّجُلِ فَصاحَة لِسانِهِ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kecantikan seseorang lelaki terletak pada kefasihan lidahnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 31, hadis nombor 144. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Ahmad bin 'Abdul Rahman bin al-Jarud al-Raqqi, beliau seorang pendusta yang memalsukan hadith. Al-Zahabi berkata bahawa hadith tersebut adalah sebahagian hadith-hadith palsu beliau. Saya berkata: Saya telah menemui hadith tersebut dalam Amali oleh al-Tusi melalui satu lagi sanad lain yang semakna dengan hadith tersebut, namun berbeza lafaznya. Demikian juga diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam al-Tarikh, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, Ibn al-Anbar dalam al-Waqf Wa al-Ibtida' hadith seumpamanya, melalui hadith Muhammad bin 'Ali secara mursal. Seakan-akan hadith tersebut asalnya adalah melalui kalam Muhammad bin 'Ali, lalu perawi-perawi pendusta telah meriwayatkannya secara marfu'. Wallahua'lam.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon