Pencarian Allah terhadap hamba-Nya

TEKS BAHASA ARAB

استفقاد الله لعبده طيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pencarian Allah terhadap hamba-Nya yang hilang adalah suatu kebaikan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 15, hadis nombor 27. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هذا كلام يجري على ألسنة الناس في المرض. ومعناه: إن الله يذكرعبده بالمرض؛ ليثيبه من الذكر. وقد جاء هذا المعنى فيما رواه معاذ بن عبد الله بن خبيب عن أبيه أنه -صلى الله عليه وسلم- قال لأصحابه: “أتحبون أن لا تمرضوا؟”. قالوا: والله يا رسول الله إنا لنحب العافية. فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: “وما خيرأحدكم إلا يذكره الله”.
وجد مضبوطا بضم التحتية، وكسر الكاف مشددة من التذكير.

Demikian berlegar-legar pada lidah orang ramai berkenaan penyakit. Maksudnya: Allah mengingati hambaNya dengan penyakit; untuk Dia balasnya dari ingatan itu. Telah diriwayatkan makna ini sebagaimana apa yang telah diriwayatkan oleh Mu'az bin 'Abdullah bin Khobib daripada ayahnya, bahawa Baginda SAW bersabda kepada para sahabat Baginda: “Adakah kamu suka sekiranya kamu tidak ditimpa sakit?”. Mereka menjawab: “Demi Allah, wahai Rasulullah! Kami sangat menyukai keafiatan”. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada kebaikan bagi seseorang kamu jika Allah tidak mengingatinya”.
Telah ditemui secara berbaris dengan dibariskan dhommah huruf yang bertitik dua di bawah, dan dibariskan kasrah huruf Kaf yang bersabdu, daripada perkataan 'mengingatkan'.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs