Berjayalah orang-orang yang ringan (daripada bebanan dosa)

TEKS BAHASA ARAB

فاز المخفون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telah berjayalah orang-orang yang ringan (daripada bebanan dosa).

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 64, hadis nombor 254. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يثبت بهذا اللفظ لكن في حديث أبي الدرداء: إن بين أيديكم عقبة كؤود لا ينجو منها إلا كل مخف.

Tidak thabit dengan lafaz seperti ini, namun terdapat dalam hadith Abu al-Darda': “Sesungguhnya di hadapan kamu ada rintangan yang sukar, tidak akan berjaya menghadapi rintangan tersebut kecuali setiap orang yang ringan (bebanan dosa)”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs