Tiga perkara yang jangan kamu tangguhkannya

TEKS BAHASA ARAB

ثَلاثةٌ – يا عَلِيّ – لا تُؤَخرْهُنَّ: الصّلاةُ إذا آنَتْ، والجنَازةُ إذا حَضَرتْ، والأيم إذا وجَدَتْ كُفؤاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali! Tiga perkara yang jangan kamu tangguhkannya: Solat, apabila telah masuk waktu; jenazah, apabila ia sudah datang; dan janda, apabila dia sudah jumpa calon yang sesuai.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 321, hadis nombor 1690. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Ali RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب –رضي الله عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((ثَلاثةٌ – يا عَلِيّ – لا تُؤَخرْهُنَّ: الصّلاةُ إذا آنَتْ، والجنَازةُ إذا حَضَرتْ، والأيم إذا وجَدَتْ كُفؤاً)).

[ تخ، ت، ه، ابن حبان في (( الضعفاء))، ك، حم، عم، ابن عساكر، هق، خط، ((الضعيفة)) (5751) ].

(Lemah) Dari Ali bin Abi Talib RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiga perkara wahai Ali! Janganlah engkau tangguhkan: Solat ketika tiba waktunya, jenazah bila sudah sedia dan janda bila sudah punyai calon sekufu.
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Kitab al-Tarikh, al-Tirmizi dalam Sunan-nya, Ibn Majah dalam Sunan-nya, Ibn Hibban dalam Kitab al-Du’afa’, al-Hakim dalam Kitab Mustadrak-nya, Ahmad dalam Musnad-Nya, Abdullah bin Ahmad dalam Zawa’id al-Musnad-nya, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh al-Dimashq, al-Bayhaqi dalam Sunan-nya dan al-Khatib dalam Tarikh al-Baghdad, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5751].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs