Arasy itu diperbuat daripada permata yang merah

TEKS BAHASA ARAB

العرش من ياقوتة حمراء، وإن ملكاً من الملائكة نظر إليه وإلى عظمه، فأوحى عز وجل إليه: إني قد جعلت فيك قوة سبعين ألف ملك لكل ملك سبعين ألف جناح فطر، فطار الملك بما فيه من القوة والأجنحة ما شاء الله أن يطير، فوقف، فنظر، فكأنه لم يسر!


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada al-Sha’bi, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: “‘Arasy itu diperbuat daripada permata yang merah. Dan satu malaikat daripada kalangan malaikat melihat kepadanya dan kepada keagungan-Nya. Lalu Allah azza wa jalla mewahyukan kepadanya: “Sesungguhnya aku telah menjadikan dalam diri kamu kekuatan sebanyak tujuh puluh ribu malaikat dan bagi setiap malaikat itu tujuh puluh ribu sayap maka terbanglah. Lalu malaikat tersebut terbang dengan apa yang berada di dalamnya daripada kekuatan dan sayap-sayap yang Allah kehendakinya untuk terbang. Lalu dia berhenti dan melihat maka seolah-olah dia belum bergerak!


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1687, hadis nombor 8507. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis al-Sha'bi secara mursal ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-’Azamah.

Ia dinilai palsu oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs