TEKS BAHASA ARAB
إن الله تعالى قال: يا عيسى! إني باعث من بعدك أمة؛ إن أصابهم ما يحبون حمدوا الله وشكروا، وإن أصابهم ما يكرهون احتسبوا وصبروا، ولا حلم ولا علم، قال: يا رب! كيف هذا لهم، ولا حلم ولا علم؟ قال: أعطيهم من حلمي وعلمي
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah SWT telah berkata: Wahai Isa! Sesungguhnya aku mengutuskan selepas kamu satu umat. Sekiranya mereka mendapati sesuatu yang mereka suka, mereka memuji Allah dan bersyukur padanya. Dan sekiranya mereka mendapati sesuatu yang mereka tidak suka, mereka akan mengharapkan pahala dan bersabar, tidak ada kelembutan dan tidak ada ilmu. Lalu dia berkata: Wahai Tuhan! Bagaimanakah keadaan begini bagi mereka, tiada kelembutan dan tiada ilmu. Tuhannya menjawab: Akan aku berikan mereka daripada kelembutan-Ku dan ilmu-Ku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1687, hadis nombor 8509. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu al-Darda' RA ini yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Abi Dunia dalam al-Sabr, al-Kharaiti dalam Fadhilah al-Shukr, al-Bazzar dan Ibn Asakir.
Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله .
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.