Orang terakhir yang akan masuk ke dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB

آخر من يدخل الجنة رجل يقال له "جهينة" فيقول أهل الجنة: عند جهينة الخبر اليقين

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang terakhir yang akan masuk ke dalam syurga adalah seorang lelaki yang disebut sebagai Juhainah. Penduduk syurga berkata: Di sisi Juhainah ada berita yang yakin. (Ini kerana beliau yang paling akhir keluar dari syurga maka beliau mempunyai berita adakah wujud lagi selepas beliau keluar orang yang beriman di dalam neraka).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 5, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini adalah hari pertama yang al-Suyuti sebutkan dalam kitab beliau dan ia juga hadith pertama yang beliau RH langgar syaratnya. Beliau turut menyebutkan hadith ini dalam kitab beliau Zail al-La'ali pada kategori hadith-hadith yang beliau pasti ia palsu. Juga termasuk perkara pelik apabila al-Hafiz (Ibn Hajar) menyebutkan hadith ini dalam mukadimah Fath al-Bari, sedangkan beliau menyebutkan dengan jelas dalam kitab lain bahawa hadith tersebut termasuk hadith yang sangat lemah.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs