Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bila mana Allah menciptakan Adam AS, dia diberitahu mengenai keturunannya

Teks Bahasa Arab

لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ آدَمَ عليه السلامُ؛ خُيِّرَ بِبَنِيهِ، فَجَعَلَ يَرَى فَضَائِلَ بَعْضِهِمْ عَلَى بَعْضٍ، فَرَآى نُوراً سَاطِعاً فِي أَسْفَلِهِمْ فَقَالَ: يَا رَبِّ! مَنْ هَذَا؟ قَالَ: هَذَا ابْنُكَ أَحْمَدُ، هُوَ أَوَّلٌ، وَهو آخَرٌ، وَهُوَ أَوَّلُ شَافِعٍ

Teks Bahasa Melayu

Bila mana Allah menciptakan Adam AS, dia diberitahu mengenai keturunannya. Dan dia diperlihatkan kepada cabang-cabang keturunannya lalu dia melihat sebuah cahaya yang menyinar di bawah dan dia berkata: Wahai tuhan! Siapakah ini? Tuhannya menjawab: Inilah anakmu Ahmad, dialah yang pertama dan yang terakhir dan orang pertama yang memberi syafaat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1711, hadis no. 8607. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Sarraj dalam hadithnya, al-Makhladi dalam al-Fawaid, al-Mukhlis dalam al-Fawaid al-Muntaqah dan al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.