TEKS BAHASA ARAB
صغار قوم كبار آخرين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang yang rendah kedudukan bagi suatu kaum adalah orang yang besar kedudukan bagi golongan lain.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 51, hadis nombor 201. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
لا يعرف في المرفوع ، لكن جاء عن الحسن بن علي، أنه دعا بنيه وبني أخيه، وقال لهم ، إنكم صغار قوم ، يوشك أن يكونوا كبار آخرين فتعلموا العلم ، فمن لم يستطيع منكم أن يرويه ـ أو قال : يحفظه ـ فليكتبه ، وليضع في بيته .
وجاء نحوه عن عمرو بن العاص ، ونحوه عن عروة .
Tidak diketahui pada hadith yang marfu’. Namun, telah disebutkan daripada al-Hasan bin ‘Ali bahawa beliau memanggil anak lelakinya dan anak lelaki saudaranya, beliau berkata kepada mereka: “Sesungguhnya kamu adalah orang kecil bagi kaum ini, diharapkan akan menjadi orang besar bagi golongan lain. Oleh itu, pelajarilah ilmu. Sesiapa dalam kalangan kamu yang tidak mampu meriwayatkannya – atau beliau berkata: menghafalnya -, maka tulislah dan letakkkan dirumahnya”.
Turut disebutkan seumpama kisah tersebut daripada ‘Amr bin al-‘As, juga seumpamanya daripada ‘Urwah.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.