Usaha yang dilakukan oleh orang yang kurang berkemampuan

TEKS BAHASA ARAB

جهد المقل دموعه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Usaha yang dilakukan oleh orang yang kurang berkemampuan adalah air matanya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 31, hadis nombor 106. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بحديث. نعم جاء عن أبي هريرة قيل: يا رسول الله أي الصدقة أفضل قال: “جهد المقل وابدأ بمن تعول”.

Ia bukan hadith. Ya, telah datang riwayat daripada Abi Hurairah, dikatakan: “Wahai Rasulullah! Sedekah manakah yang paling baik?”, jawab Baginda: “Sedekah yang diusahakan oleh orang yang kurang berkemampuan dan mulakanlah (pemberian sedekah) kepada orang yang di bawah tanggunganmu”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs