TEKS BAHASA ARAB
قلب المؤمن حلو يحب الحلاوة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hati orang mukmin adalah manis, ia sukakan kemanisan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 67, hadis nombor 271. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
أخرجه البيهقي والديلمي من حديث أبي أمامة وهو حديث موضوع.
Ia telah diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Dailami melalui hadith Abu Umamah, ia merupakan hadith palsu.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.