Telah sampai kepadaku berita bahawa Rasulullah SAW menceritakan berkaitan ujian kepada Sulayman AS

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عن عبد الرحمن بن رافع رضي الله عنه قال: بلغني أن رسول الله صلى الله عليه وسلم حدث عن فتنة سليمان عليه السلام قال: (فتنة سُلَيْمَان عليه السلام: أنه كان في قومه رجل كعمر ابن الخطاب في أمتي، فلما أنكر حال الجان الذي كان مكانه؛ أرسل إلى أفاضل نسائه فقال: هل تنكرن من صاحبكن شيئاً؛ قلن: نعم؛ كان لا يأتينا حيضاً، وهذا يأتينا حيضاً. فاشتمل على سيفه ليقتله، فردّ اَللَّه على سليمان ملكه، فأقبل، فوجده في مكانه، فأخبره بما يريد)


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Abdulrahman bin Rafi’ berkata: Telah sampai kepadaku berita bahawa Rasulullah SAW menceritakan berkaitan ujian kepada Sulayman AS. Baginda berkata: Sesungguhnya pada kaumnya terdapat seorang lelaki seperti Umar bin al-Khattab di dalam umatku. Apabila dia ingkar pada jin yang berada di tempatnya (Sulaiman) maka dia utuskan utusan kepada isteri-isterinya yang paling afdhal. Maka dia berkata: Adakah kamu mengingkari suamimu sesuatu? Mereka menjawab: Ya, dia tidak mendatangi kami Ketika kami dalam keadaan haid dan ini pula dia datangi ketika dia dalam keadaan haid. Maka lelaki itu pun mengeluarkan pedangnya untuk membunuh Jin itu lalu Allah mengembalikan kepada Sulayman kekuasaannya, lalu dia berpaling dan Baginda mendapati lelaki tadi pada tempatnya lalu dia memberitahunya apa yang dikehendaki.


STATUS

Batil


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1702, hadis nombor 8570. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdul Rahman bin Rafi' secara mursal ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Abd bin Humaid.

Ia dinilai batil oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon