Pada hari Kiamat, orang-orang yang meratap akan diletakkan dalam dua barisan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تُجْعَلُ النَّوائِحُ يَوْمَ القِيامَةِ صَفَّيْنِ صَفٌّ عَنْ يَمِينِهِمْ وصَفٌّ عَنْ يَسارِهِمْ: فَيَنيحْنَ عَلَى أهْلِ النَّارِ كَمَا تَنْبَحُ الكِلاَبُ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari Kiamat, orang-orang yang meratap akan diletakkan dalam dua barisan, satu barisan di sebelah kanan mereka (ahli neraka) dan satu barisan di sebelah kiri mereka. Ia pun menyalak terhadap ahli neraka seperti salakan anjing.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 27, hadis nombor 124. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Sesiapa yang memasukkan hadith ini dengan anggapan ia sahih, ia hanyalah membuktikan bahawa dia tidak pernah mencium bau hadith langsung. Ini kerana penuntut ilmu yang bawahan pun tahu secara jelas bahawa ini adalah merepek yang digembar-gemburkan oleh tukang-tukang cerita dalam majlis-majlis mereka.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon