Buah tangan bagi lelaki berpuasa yang menziarahi (saudaranya) adalah melumurkan janggutnya (dengan bauan)

TEKS BAHASA ARAB

تحْفَةُ الصَّائِمِ الزَّائِرِ أنْ تُغَلَّفَ لِحْيَتُهُ وَتُجَمَّرَ ثِيابُهُ وَيُذَرَّر وَتُحْفَةُ المَرْأةِ الصَّائِمَةِ الزَّائِرَةِ أنْ تُمْشَطَ رَأْسُها وَتَجَمَّرَ ثِيابُها وتُذَرَّرَ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Buah tangan bagi lelaki berpuasa yang menziarahi (saudaranya) adalah melumurkan janggutnya (dengan bauan), memakai bau gaharu pada pakaiannya dan mengenakan bauan. Manakala, buah tangan bagi wanita berpuasa yang menziarahi (saudaranya) adalah menyisir rambutnya, mengenakan bauan pada pakaiannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 27, hadis nombor 125. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Buah tangan bagi para pendusta atas nama Rasulullah SAW adalah ditampar, dipukul dengan pukulan yang menyakitkan dan ditakzir. Hadith ini sama seperti hadith sebelumnya yang mana menyebabkan penulis (al-Suyuti) dikecam dengan sangat teruk kerana menyebutkannya dan menjadi bukti yang jelas menunjukkan bahawa beliau tidak mempunyai ilmu kritikan dalam bidang hadith sedikit pun, beliau hanya menuruti al-Baihaqi dalam kata-kata beliau bahawa beliau tidak mengeluarkan dalam kitab-kitab beliau satu hadith pun yang diketahui sebagai palsu. Penulis (al-Suyuti) telah menisbahkan hadith tersebut kepada al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman melalui hadith al-Hasan bin 'Ali A.S sekalipun ia tidak diragukan lagi kebatilannya oleh orang yang berakal, lebih-lebih lagi kepada orang yang mempunyai kelebihan lagi alim terhadap ilmu hadith. Saya berpandangan pemalsuan hadith seperti ini tidak dilakukan melainkan oleh salah satu daripada dua jenis manusia, iaitu seseorang yang tidak cerdik, bodoh akal fikiran dan dungu akalnya, tidak tahu apa yang sedang dia katakan dan seseorang zindiq yang tidak percayakan agama bertujuan memperdaya syariat dan menimbulkan celaan terhadap Baginda SAW dengan menyebarkan hadith-hadith yang dungu lagi gugur kelayakan berhujah. Adakah masih boleh dianggap bahawa Nabi SAW menyuruh ahli rumah bagi orang yang diziarahi untuk menyikat rambut wanita berpuasa yang datang menziarahi? Bukankan telah disebutkan bahawa wanita itu sendiri yang sepatutnya menjaga rambutnya untuk menyikatnya? Kemudian mengenakan bauan tazrir pada pakaian wanita-wanita tersebut? Apa kelebihan mengenakan bauan pada pakaian? Boleh jadi ia telah memakainya dan boleh jadi ia tidak memilikinya. Boleh jadi juga orang yang menziarahinya tidak bertujuan untuk mengenakan bauan pada pakaiannya. Semoga Allah memburukkan pemalsu ini dan melaknat ke atasnya dan ke atas setiap pendusta.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs