TEKS BAHASA ARAB
ذنب العالم ذنب واحد، وذنب الجاهل ذنبان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dosa orang alim dikira satu dosa, dosa orang jahil pula dikira dua dosa.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 39, hadis nombor 197. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dosa pendusta pula tiga dosa. Penulis (al-Suyuti) telah membuang baki hadith tersebut dengan sengaja, ia terdapat dalam riwayat al-Dailami, (lafaznya ialah) dikatakan: Kenapa, wahai Rasulullah?. Jawab Baginda: Orang alim diazab kerana melakukan dosa, orang jahil pula diazab kerana melakukan dosa dan meninggalkan ilmu. Penambahan lafaz ini menambahkan irama kepada alat gambus. Saya tidak tahu apa yang saya ingin katakana kepada penulis (al-Suyuti) selepas ini. Moga Allah memaafkannya dan mengampunkannya.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.