Tahanlah hudud (daripada dilaksanakan) dengan sebab ada keraguan-keraguan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ادرؤوا الحدود بالشبهات و أقيلوا الكرام عثراتهم إلا في حد من حدود الله تعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tahanlah hudud (daripada dilaksanakan) dengan sebab ada keraguan-keraguan dan hapuskanlah terhadap orang-orang mulia akan kesalahan-kesalahan mereka kecuali kesalahan berkait mana-mana hudud Allah Ta'ala.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 10, hadis nombor 29. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Riwayat Mursal 'Umar bin 'Abdul 'Aziz telah diriwayatkan oleh Abu Muslim al-Kajji dalam satu kisah yang pelik, pada zahirnya kelihatan batil. Melalui sanad beliau juga telah dikeluarkan oleh Ibn al-Abar dalam Mu'jam Ashab al-Sadafi pada bografi al-Rashati. Ibn Hazm turut berkata dalam al-Muhalla: Sesungguhnya hadith tersebut tidak sahih langsung secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW), hadith tersebut hanyalah diriwayatkan daripada sekumpulan sahabat.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon