Kita menghukum dengan apa yang zahir

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: نحن نحكم بالظاهر.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Kita menghukum dengan apa yang zahir.


STATUS

Tiada asalnya


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 200, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


يحتج به أهل الأصول ولا أصل له.
وفي معناه قوله: صلى الله عليه وسلم للعباس يوم بدر: كان ظاهرك علينا.

Ulama Usul Fiqh berhujah dengannya sedangkan ia tidak ada asalnya.
Dan pada maknanya, sabda Nabi SAW kepada al-Abbas pada hari perang badar: Jadilah apa yang zahir pada engkau, tanggungjawab kami.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon