Zakat bagi barang kemas adalah meminjamkannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

زكاة الحلي عاريته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Zakat bagi barang kemas adalah meminjamkannya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 44, hadis nombor 167. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

عن ابن عمر من قوله وعن سعيد بن المسيب أنه قال في زكاة الحلي يعار ويلبس.

Daripada Ibn ‘Umar melalui kata-kata beliau dan daripada Sa’id bin al-Musayyab bahawa beliau berkata berkenaan zakat barang kemas: “Diberi pinjam dan dipakai”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon