TEKS BAHASA ARAB
الزيدية مجوس هذه الأمة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Zaidiyyah adalah Majusi bagi umat ini.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 44, hadis nombor 168. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
لا يعرف والمعروف في الحديث “القدرية مجوس هذه الأمة إن مرضوا فلا تعودوهم وإن ماتوا فلا تشهدوهم”.
Tidak diketahui. Dalam hadith yang makruf adalah: “Qadariyah merupakan Majusi bagi umat ini. Jika mereka sakit, maka janganlah kamu menziarahi mereka dan jika mereka meninggal dunia maka janganlah kamu menyaksikan (upacara pengebumian) mereka”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.