Waspadalah kamu akan orang-orang yang berpenyakit

TEKS BAHASA ARAB

اتقوا ذوي العاهات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Waspadalah kamu akan orang-orang yang berpenyakit.

STATUS

Tidak Diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 12, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لم يعرف هكذا لكن في الحديث: “اتقوا المجذوم كما يتقى الأسد”
وهذا ونحوه لئلا يقع المرض فيحال على العدوى لا إثباتا لها فلا ينافي قوله: “لاعدوى”.

Tidak diketahui dengan lafaz seperti ini, namun dalam hadith menyebutkan:
“Berwaspadalah kalian terhadap kusta sebagaimana kamu berwaspada terhadap singa”.
Hadith ini dan hadith seumpamanya adalah supaya tidak terkena penyakit, lalu dikembalikan kepada penularan, ia bukan untuk mensabitkan penularan, jadi ia tidak menafikan sabda Baginda SAW: “Tidak ada penyakit yang menular”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs