Muliakanlah kucing

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أكرموا الهر، فإنه من الطوافين عليكم، والطوافات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Muliakanlah kucing kerana ia termasuk dari makhluk jantan dan makhluk betina yang keluar masuk terhadap kamu.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 17, hadis nombor 37. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف بهذا اللفظ. نعم، جاء في الحديث: “إنها ليست بنجس، فإنها من الطوافين عليكم والطوافات”. وفي لفظ: “أو الطوافات”.

Tidak diketahui dengan lafaz ini. Benar, telah datang di dalam hadith: “Sesungguhnya ia tidak najis, ia adalah dari makhluk jantan yang keluar masuk terhadap kamu dan makhluk betina”. dan satu lafaz: “atau makhluk betina”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon